Wednesday, 21 March 2012

FAEDAH ICT


Faedah ICT
*                   Boleh mendapat maklumat secara mudah dan lebih terperinci – pelajar dapat mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah – maklumat dapat diakses secara mudah – maklumat berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, pelancongan, berita dalam dan luar negara dan sebagainya.

*                   Boleh menghubungkan kita ke seluruh dunia – laman-laman social yang wujud seperti Facebook, twitter dan Myspace – manusia dapat berkenalan – dapat mengenali rakan-rakan luar – menghubungkan semula dengan rakan-rakan lama.
*                   Memudahkan urusan harian manusia – pembayaran bil, pembelian barang-barang dan pembayaran cukai – boleh dibuat secara dalam talian – tidak perlu beratur panjang dan dapat menjimatkan masa.

*                   Dapat mengetahui maklumat lebih cepat, tepat dan pantas – berita disampaikan secara atas talian dari seluruh dunia– tidak perlu menunggu – perkembanga dunia yang terkini dapat diperolehi.





Keburukan ICT.

1. Fitnah dapat disebarkan secara lebih mudah – sukar dibendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis dan menyiarkan maklumat – maklumat sahih sukar ditentukan
2. Pelajar leka dengan penggunaan internet – mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab lain – seperti membantu ibu bapa, hidup bermasyarakat dan sebagainya – membuang masa dengan bermain game
3. Terdedah kepada perkara tidak baik – cerita lucah, gambar lucah dan bicara lucah – merosakkan akhlak dan jiwa remaja – boleh mempengaruhi pengguna untuk melakukan perkara yang tidak baik.
4. Bertambahnya kes jenayah seperti kecurian – remaja terpaksa mencari duit untuk mengunjungi pusat-pusat siber atau menambah nilai telefon bimbit – ada yang mencuri duit ibu bapa, merompak dan meragut.
Penutup :
Kebaikan ICT memang tidak dapat dinafikan - namun teknologi masa kini memerlukan pemantauan dan pengawasan yang sewajarnya agar tidak menimbulkan kesan negatif – masyarakat perlu saling mengingatkan agar ICT mampu memberi faedah yang berguna untuk kepentingan masa hadapan.


http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/09/kepentingan-dan-impak-negatif-ict.html