Penggunaan
Internet oleh Guru
i.)
meluaskan pengetahuan guru
Kemudahan
Internet juga memberi peluang kepada guru mempertingkatkan tahap ilmu
pengetahuan mereka melalui pelbagai maklumat yang berkaitan. Sebagai contoh
para guru boleh mengakses bahan-bahan akedemik dan mencari maklumat pendidikan
melalui perpustakaan siber universiti-universiti tempatan dan luar negara atau
kemudahan
USENET yang disediakan oleh Internet. Di samping itu, para guru dapat
membincangkan isu semasa pengajaran dengan guru-guru lain di seluruh negara
mengenai program pendidikan yang telah berjaya.
ii.)
sebagai Bahan Bantu Mengajar
Pendidikan
berasaskan Internet juga boleh dikategorikan sebagai proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini memandangkan kemudahan Internet bukan sahaja menawarkan
komponen-komponen lain seperti laman-laman Web, malah menyediakan sumber
pendidikan berbentuk teks yang diperkayakan dengan unsur-unsur lain sepertigrafik,
animasi atau audio visual. Kaedah pendidikan melalui Internet ini memerlukan
penglibatan aktif para penggunanya di samping mengetengahkan konsep interaktif.
Konsep tersebut bukan sahaja sesuai menyampaikan sumber-sumber maklumat
berbentuk pendidikan, malah sesuai digunakan untuk menyampaikan program latihan
dan perkhidmatan pendidikan dalam talian. Program-program pendidikan dan latihan
secara interaktif menerusiInternet sama ada yang dikendalikan oleh pihak
sekolah atau institusi pengajian tinggi dan pihak berkuasapendidikan memerlukan
penglibatan secara langsung di antara pihak penerima dan penyampainya. Sebagai
contoh mengakseskan nota-nota kuliah, menghantar dan menyemak tugasan boleh
dilakukan menerusi talian.Pembelajaran ini dikatakan lebih memanfaatkan pelajar
kerana walau apapun kaedah pengajaran yang dipilih,penglibatan pelajar secara
aktif perlulah diberi keutamaan. Penglibatan secara aktif oleh pelajar dalammengakseskan
bahan-bahan yang diperlu dalam Internet berupaya memupuk dan memperkembangkan
kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan pelajar (Rashidi dan Abdul Razak
1997).
http://www.ppdbesut.net