Monday, 30 April 2012


Penggunaan Laman Web Sekolah


Teknologi Internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru dan pelajar untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman Web di setiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan sebagai saluran berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di samping itu laman Web tersebut juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh negara. Jika kemudahan ini diperluaskan lagi, ibu bapa hanya perlu melanggani laman Web tersebut untuk
mengetahui segala perkembangan bidang akademik atau ko-kurikulum anak-anak mereka tanpa berkunjung ke sekolah. Ibu bapa juga dapat menghubungi guru melalui e-mel yang didapati dari laman Web yang dikunjungi. Secara tidak langsung, hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, masalah-maslah disiplin pelajar yang memerlukan kerjasama antara pihak sekolah dengan mudahnya dapat ditangani. Ibu bapa tidak ada lagi alasan bahawa mereka sibuk dan tidak dapat berkunjung ke sekolah untuk berbincang tentang hal-hal anak-anak mereka. Guru mempunyai satu alternaltif lagi untuk berjumpa dengan ibu bapa anak muridnya.

No comments:

Post a Comment