Perkongsian
Maklumat dengan Internet
Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah
kelolaan makmal Teknologi Komputer, Kementerian Pendidikan dan MIMOS merupakan
satu usaha penting yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada
pelajar dan pendidik. Projek ini merupakan salah satu aktiviti dalam program
Komputer Dalam Pendidikan oleh Kementerian Pendidikan. Matlamat utama kewujudan
projek ini adalah untuk mewujudkan perkongsian maklumat serta sekolah yang kaya
dengan maklumat dan seterusnya meningkatkan mutu pendidikan bertaraf dunia.
Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti kreatif dan
inovatif yang berasaskan teknologi maklumat. Di dalam projek ini
juga, terdapat kemudahan ‘mailing list’ (kumpulan perbincangan berasaskan topik
yang menggunakan e-mel sebagai kaedah komunikasi) yang menyediakan kemudahan ‘listserv’
atau senarai perkhidmatan dan terdapat lebih 3000 ‘listserv’ di dalam Internet
yang boleh difikirkan oleh manusia.
http://www.ppdbesut.net
No comments:
Post a Comment