Penggunaan E-mel dalam Pendidikan
Aplikasi paling asas teknologi Internet yang boleh diketengahkan
dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat sekolah ialah aplikasi e-mel
atau juga dikenali sebagai mel elektronik. Melalui aplikasi ini, pelajarpelajar
boleh menyatakan sebarang masalah berkaitan dengan apa yang telah dipelajari
dengan serta-merta. Contohnya, pelajar boleh menanya guru soalan atau masalah
yang dihadapi semasa belajar di perpustakaan atau di rumah melalui e-mel.
Dengan itu, guru boleh menjawab atau membantu pelajar tersebut menyelesaikan
masalah yang dihadapi melalui e-mel atau guru boleh menjadikan soalan atau
masalah yang ditanya itu sebagai persediaan untuk pengajaran pada hari yang
berikutnya. Sebaliknya, guru juga boleh mengetahui respon pelajar terhadap kerja
rumah yang diberi melalui e-mel.
Menurut Dr. Jane Lasarenko (1997), kebaikan yang utama menggalakkan
pelajar berkomunikasi dengan guru melalui e-mel ialah ini dapat menanam
semangat yang tinggi di kalangan pelajar dalam pembelajaran mereka. Bukan itu
sahaja, pelajar tidak lagi ada alasan untuk menghantar kerja rumah lewat kerana
mereka boleh menggunakan e-mel untuk menghantar kerja rumah pada hari yang
ditetapkan sehingga tamatnya hari tersebut.
Selain itu, Cisco System Inc. iaitu sebuah syarikat teknologi maklumat
yang menceburi bidang pendidikan menyebut bahawa melalui e-mel, para guru dan
pelajar juga boleh berkomunikasi dengan sekolah-sekolah di seluruh negara
bahkan di serata dunia hanya melalui makmal komputer atau bilik-bilik darjah.
(Jamaludin Badusah et al. 2000). Aplikasi ini membolehkan mereka bertukar-tukar
mesej semasa, berkongsi idea dan bahanbahan pendidikan di antara satu sama lain
memandangkan e-mel bukan sahaja cepat malahan juga murah berbanding dengan mel
biasa atau menggunakan faksimili.
No comments:
Post a Comment